Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM laksana latihan penembakan di Sabah, penduduk jangan cemas

TUDM laksana latihan penembakan di Sabah, penduduk jangan cemas

by M.Daim

KOTA KINABALU, 25 Jul – Orang ramai di Sabah dinasihatkan agar tidak cemas atau risau apabila melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah dan mendengar bunyi beberapa letupan di kawasan mereka.

TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini menjelaskan pihaknya sedang melaksanakan Latihan Tembakan Misil Udara ke Udara dan Tembakan Udara ke Bumi di Lapang Sasar Udara Kota Belud.

“Latihan tersebut telah berlangsung mulai 23 Julai sehingga 10 Ogos melibatkan ruang udara negeri Sabah dan perairan sekitar,” jelasnya.

Menurut pihak TUDM, antara pesawat yang terlibat adalah pesawat pejuang jenis Su-30MKM dan F/A-18D Hornet. Selain daripada itu, pesawat B200T, A400M dan C-130H akan terlibat dalam latihan yang dijalankan.

Latihan ini turut melibatkan bantuan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam memastikan kawasan tembakan selamat untuk beroperasi di kawasan perairan.

“Latihan yang dilaksanakan adalah untuk menguji kecekapan dan keupayaan juruterbang-juruterbang pesawat TUDM dalam mengendalikan pesawat serta melancarkan pelbagai persenjataan,

“Latihan ini turut memastikan kesiagaan aset-aset dan persenjataan TUDM sentiasa barada di tahap yang terbaik dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara,” kata pihak TUDM.

 

Related Articles

Leave a Reply