Home Pertahanan dan Keselamatan Cubaan seludup: Minyak bersubsidi dirampas, enam pati ditahan di Kudat

Cubaan seludup: Minyak bersubsidi dirampas, enam pati ditahan di Kudat

by Bernama

KOTA KINABALU, 12 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat merampas 850 liter diesel dan 180 liter petrol serta menahan enam pendatang asing tanpa izin warga Filipina dalam Op Bersepadu di kawasan perairan Batu Kudat, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua rampasan serta penahanan enam lelaki itu dilakukan dalam tiga rampasan berasingan di perairan Batu Mandi, Sikuati dan Simpang Mengayau.

“Minyak berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina dan kita turut merampas wang tunai sebanyak 657,500 Peso (kira-kira RM52,735) dalam kesemua serbuan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua tahanan dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Kudat untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Kawalan Bekalan 1961. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply