Home SemasaGlobal Pemimpin JAD dipenjara 10 tahun

Pemimpin JAD dipenjara 10 tahun

by Noor Sheila Amin

Abu Umar yang juga dikenali sebagai Syamsul Arifin, selalu mengadakan mesyuarat motivasi yang dihadiri sebahagian militan paling ekstrim Indonesia.

Pendakwa, yang mencadangkan hukuman penjara 15 tahun, berkata defendan bertanggungjawab di atas kematian beramai-ramai itu menerusi pengajarannya.

Antara yang direkrut ialah Dita Oepriarto, dalang pengeboman Surabaya, yang mengetuai isteri dan anaknya, seorang daripada mereka berusia sembilan tahun, melancarkan serangan nekad di gereja pada perhimpunan hari Ahad pada Mei 2018.

Sehari selepas pengeboman itu, Tri Murtiono dan keluarganya, dengan menunggang dua motosikal, mengebom ibu pejabat polis Surabaya yang mengakibatkan 28 maut dan 50 cedera.

Namun anak perempuan mereka, berusia lapan tahun, satu-satunya anggota keluarga yang terselamat.

Walaubagaimanapun ketika perbicaraan, Abu Umar menafikan beliau mengetahui rancangan pengeboman di Surabaya, mendakwa Dita Oepriarto bertindak sendirian dalam perancangan dan pelaksanaan serangan itu.

Menurut laporan oleh Institut bagi Dasar Analisis Konflik, Umar ialah penceramah yang memberi ucaptama pada beberapa mesyuarat sepanjang 2017, menyaksikan beliau menggesa pengikutnya bersedia untuk ‘perang’ dengan mengebom gereja dan pejabat kerajaan, terutama berkaitan polis.

 

Related Articles

Leave a Reply