Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia ketuai Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao, tonjol kredibiliti

Malaysia ketuai Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao, tonjol kredibiliti

by Noor Sheila Amin

Tim Pemantauan Antarabangsa Mindanao 14 (TPA M-14) bertujuan bagi memantau gencatan senjata dan pembangunan sosio ekonomi di wilayah yang bergolak di Mindanao, katanya.

“Situasi keselamatan di Mindanao baru-baru ini agak tegang berikutan peningkatan insiden keganasan yang didalangi kumpulan militan dan penjenayah di samping peningkatan insiden pertempuran akibat masalah pertikaian hak milik tanah, politik dan keluarga. Dua insiden pengeboman yang berlaku di Jolo, Sulu dan Zamboanga City jelas menunjukkan zon berkenaan tidak stabil serta merbahaya, katanya.

“Oleh itu, aspek keselamatan semasa hendaklah sentiasa menjadi keutamaan kerana situasi di sana sukar diramalkan, jelasnya ketika berucap di majlis perasmian penubuhan TPA M-14 di Wisma Transit ATM, hari ini.

Hasbullah turut menegaskan anggota TPA M-14 supaya menjauhi sebarang perkara yang berisiko atau boleh mendatangkan impak yang tidak diingini serta mematuhi Terms of Reference yang telah ditandatangani oleh kedua-dua kerajaan.

Head of Mission, Datuk Ya’cob Samiran berkata TPA M-14 akan berlepas ke Mindanao, Filipina esok, 7 Mac 19 manakala kumpulan fasa kedua akan dihantar pada 13 Mac 2019, katanya ketika ditanya mengenai pergerakan tim TPA M-14.

Tim yang membabitkan penyertaan 16 anggota iaitu 11 daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dua daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala tiga kakitangan awam daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mempunyai keanggotaan yang paling ramai, Malaysia merupakan Lead Nation atau Negara Ketua dalam melaksanakan misi pemantauan yang turut disertai oleh Brunei, Jepun dan Norway.

Penglibatan Malaysia mengetuai TPA M bermula pada 10 Oktober 2004 berikutan jemputan daripada kerajaan Filipina atau Government of Philippines (GPH) dan Moro Islamic Liberation Front (MILF).

Turut hadir Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany, Ketua Staf Markas ATM Datuk Kamalruzaman Mohd Othman dan Komissioner Polis Datuk Abdul Rahim Bin Jaafar, yang mewakili Ketua Polis Negara.

Related Articles

Leave a Reply