Home SemasaGlobal Russia mesti bina internet sendiri – Putin

Russia mesti bina internet sendiri – Putin

by Noor Sheila Amin

 “Saya rasa mereka (negara asing) akan memikirkan dengan baik sebelum melakukannya, tetapi ada kemungkinan Russia disekat daripada internet, dan sebab itu kita perlu membina segmen sendiri yang tidak bergantung kepada orang lain.

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak rakan kita, apa rancangan mereka, tetapi saya rasa ia akan membawa kerosakan besar kepada mereka,” Presiden Vladimir Putin dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Tass.

Komen Putin dibuat beberapa hari selepas ahli perundangan Russia menyokong kawalan lebih ketat internet untuk menghalang campur tangan asing.

Pengkritik berkata, deraf itu akan mengganggu perjalanan internet di Russia dan digunakan untuk menekan pembangkang.

Rang itu cuba mengalihkan laluan laman trafik dan data Russia menerusi pusat dikawal pihak berkuasa dan mencadangkan pembangunan Sistem Nama Domain bagi membolehkan internet terus berfungsi walaupun jika negara itu disekat daripada infrastruktur atas talian asing.

Related Articles

Leave a Reply