Home Pertahanan dan Keselamatan Mohamad Sabu nafi abai kebajikan veteran tentera

Mohamad Sabu nafi abai kebajikan veteran tentera

by Air Times News Network

LIPIS, 17 Jan – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyangkal dakwaan kementeriannya seolah-olah mengabaikan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Kebajikan golongan itu terus dijaga seperti mana di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, malah ditambah baik kata Mohamad seperti dilaporkan oleh Bernama.

“Zaman menteri dulu enam tahun tak ada Majlis Veteran Tentera, baru (sekarang) saya gerakkan Majlis Veteran ini semula,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke pasar malam Sungai Koyan, bersama-sama calon PH bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, M Manogaran, semalam.

Terdahulu, Anggota Parlimen Sembrong yang juga bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein antara lain mendakwa beliau tidak melihat sebarang perancangan diumum Kementerian Pertahanan berhubung kait pembelaan veteran tentera walaupun sudah sembilan bulan PH mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Mohamad berkata, semua hak-hak kebajikan veteran tentera yang diteruskan termasuk bantuan perubatan, bantuan persekolahan, bantuan hospital dan bantuan sara hidup.

 

Related Articles

Leave a Reply