Home SemasaGlobal Didakwa atas tuduhan mengintip

Didakwa atas tuduhan mengintip

by Noor Sheila Amin

WARSAW: Bekas pegawai keselamatan Poland, Piotr Durbajlo yang ditahan pihak berkuasa negara itu, telah didakwa atas tuduhan mengintip bagi pihak China ketika berkhidmat dengan beberapa institusi kerajaan.

Menerusi akhbar Wall Street Journal melaporkan, Piotr Durbajlo sedang berkhidmat dengan Orange Polska, iaitu syarikat penyedia telekomunikasi Poland ketika ditahan pada 10 Januari lalu.

Menurut maklumat di profil Linkedln, beliau pernah bertugas dengan Agensi Keselamatan Dalam Negeri Poland, dan Pejabat Komunikasi Elektronik antara 2000 hingga 2017.

Bagaimanapun, jurucakap pejabat pendakwa raya kebangsaan Poland dan perkhidmatan keselamatan enggan mengulas mengenai laporan Wall Street Journal itu ketika dihubungi Reuters.

Pada 11 Januari lalu, Durbajlo ditahan bersama warga China, Wang Weijing, iaitu eksekutif syarikat telekomunikasi Huawei atas tuduhan mengintip.

Kedua-duanya didakwa di mahkamah Poland minggu lalu.

Related Articles

Leave a Reply