Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan rangka bantuan wira untuk anggota tentera – Mohamad Sabu

Kerajaan rangka bantuan wira untuk anggota tentera – Mohamad Sabu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Kerajaan sedang merangka satu skim kebajikan iaitu Bantuan Wira Negara yang akan diberikan kepada sebahagian besar anggota tentera bagi membantu keperluan asas mereka, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata skim kebajikan itu diberikan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu meringankan beban mereka dan secara tidak langsung mengiktiraf jasa anggota tentera.

“Skim ini berada dalam peringkat kajian dan akan dibincangkan lagi di peringkat Majlis Veteran Angkatan Tentera (MVAT) pada Februari ini.

“Jawatankuasa juga sudah dibentuk dan butiran atau bentuk bantuan akan turut diperincikan lagi.

“Jika terdapat sebarang perkembangan, kita akan umumkan dari masa ke semasa,” katanya pada sidang media Perutusan Khas Menteri Pertahanan 2019 di Wisma Perwira ATM di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya akan mencergaskan kembali peranan MVAT selepas enam tahun ia tidak digerakkan.

“Harapannya supaya MVAT dapat memberi kesan yang besar kepada golongan veteran dan pesara tentera sebagai saluran kepada mereka untuk menyuarakan pendapat,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply