Home Pertahanan dan Keselamatan Larangan berpantun, ATM nafi ketepikan adat dan budaya

Larangan berpantun, ATM nafi ketepikan adat dan budaya

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menolak dakwaan bahawa organisasi itu mengenepikan adat dan budaya ekoran surat arahan larangan berpantun yang telah dikeluarkan pada 2 November lepas.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menolak dakwaan bahawa organisasi itu mengetepikan adat dan budaya ekoran arahan larangan berpantun dikeluarkan pada 2 November lalu.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Hal Ehwal Awam (J7) Markas ATM berkata arahan larangan itu adalah sebagai peringatan dalaman kepada semua markas perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melarang juruacara menggunakan pantun dan jenaka ketika majlis rasmi ketenteraan.

Kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia

“Majlis rasmi ATM adalah bersifat rejimental dan perlaksanaannya dilakukan dengan penuh tertib, adab dan etika ketenteraan seperti acara melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja dan pembesar negeri, acara perbarisan dan majlis rasmi peringkat ATM.

“ATM masih memberi kelonggaran penggunaan pantun, gurindam, seloka dan seumpamanya dalam majlis yang tidak bersifat rejimental,”  katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, bekas penasihat sosio budaya kerajaan Tan Sri Rais Yatim mempertikaikan arahan larangan berpantun dalam majlis rasmi ATM.

Artikel Berkaitan: “Tentera dilarang berpantun: Mana pejuang bahasa?” – Dr. Rais Yatim

Rais menerusi ciapan Twitternya turut berkongsi surat perkeliling bertarikh 2 Nov, ditandatangani Ketua Staf Markas ATM, Datuk Kamalruzaman Mohd Othman, yang menyatakan arahan larangan penggunaan pantun di dalam skrip juruacara majlis rasmi ketenteraan ATM.

Related Articles

Leave a Reply