Home Pertahanan dan Keselamatan Kumpulan terakhir MALBATT 850-5 tiba di tanah air

Kumpulan terakhir MALBATT 850-5 tiba di tanah air

by Air Times News Network

SUBANG, 28 Sept – Kumpulan terakhir Malaysian Battalion 850-5 (MALBATT 850-5) tiba di tanah air hari ini selepas menamatkan misi pengaman selama setahun di Lubnan.

Ketibaan kumpulan keempat seramai 192 orang itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Malaysia (TUDM) Subang di sini pada jam 5.40 petang disambut oleh Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Affendi Buang TUDM yang mewakili Panglima Angkatan Tentera.

 

Kontinjen MALBATT 850-5 yang keseluruhannya dianggotai 850 anggota memulakan misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) diketuai oleh Kolonel Khairul Anwar Abd Aziz.

MALBATT 850-5 terdiri dari dari 79 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat (LLP) termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai awam kewangan dari Kementerian Pertahanan.

Kumpulan ini merupakan kontinjen MALBATT 850-5 yang terakhir diatugerak balik ke Malaysia setelah menamatkan misi UNIFIL bermula pada 7 September 2018.

Turut hadir adalah wakil-wakil Panglima Perkhidmatan,Pegawai-pegawai Kanan ATM dan Penasihat Pertahanan Brunei.

Kontinjen MALBATT 850-5 telah mula diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat mulai 7 September tahun lepas.

Setelah 12 bulan berkhidmat dibawah naungan panji PBB iaitu mulai 20 September 2017 hingga 24 September 2018, MALBATT 850-5 dengan rasminya telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada MALBATT 850-6 yang diketuai oleh Kolonel Azhan Hj Md Othman untuk meneruskan tugasan UNIFIL.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan, kontinjen MALBATT 850-5 mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang sekaligus membuktikan keupayaan serta kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misi pengaman di peringkat antarabangsa.

“Kontinjen MALBATT 850-5 juga berjaya mengekalkan reputasi baik selaku pasukan pengaman yang disegani oleh masyarakat setempat dan antarabangsa”.

Seterusnya kontinjen MALBATT 850-5 akan berkampung di MALBATT Village, Port Dickson untuk membuat pentadbiran dan persiapan bagi Majlis Pembubaran 850-5 yang dijangka akan berlangsung pada 4 Okt 2018 nanti.

Related Articles

Leave a Reply