Home SemasaGlobal Erdogan dan menantu terajui dana pelaburan kerajaan

Erdogan dan menantu terajui dana pelaburan kerajaan

by Noor Sheila Amin

ANKARA, 13 Sep – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan  mengumumkan pelantikannya sebagai pengerusi  dana pelaburan kerajaan sementara menantunya Berat Albayrak, yang juga Menteri Kewangan,  sebagai timbalan, semalam.

Selain itu, Zafer Sonmez yang juga Ketua bagi Turki dan Afrika, Khazanah Nasional, iaitu dana pelaburan Kerajaan Malaysia, dilantik sebagai pengurus besar dana berkenaan.

Pelantikan Sonmez dibuat menerusi dekri presiden yang diterbitkan dalam warta rasmi kerajaan.

Terdahulu, salah seorang penasihat Erdogan, iaitu Yigit Bukut, dipecat daripada senarai lembaga pengarah dana terbabit.

Erdogan turut mengumumkan pelantikan Presiden Dewan Kesatuan dan Bursa Komoditi Turki (TOBB), Rifat Hisarciklioglu sebagai ahli lembaga pengarah baharu.

Pada tahun lalu, Erdogan memaklumkan, dana itu memerlukan pengstrukturan semula selepas pengerusi pertamanya, Mehmet Bostan dipecat daripada jawatannya pada September 2017.

Related Articles

Leave a Reply