KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah hari ini.
Surat permohonan peletakan jawatan dan pembatalan tauliah kata Khairy telah dihantar kepada Mej Jen Datuk Zainal Asisten Panglima bahagian Pasukan Simpanan (AP BPS).
“Terima kasih kepada warga 508 AW atas kerjasama selama hampir lima tahun saya menjadi Komander,” katanya Khairy menerusi akaun Twitternya pada hari ini.
Penyerahan surat peletakan jawatan sebagai Komander 508AW dan permohonan pembatalan tauliah kepada Mej Jen Dato’ Zainal AP BPS. Terima kasih kepada warga 508AW atas kerjasama selama hampir lima tahun saya menjadi Komander. pic.twitter.com/ds6Kwimw4O
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 15, 2018