Manila, 9 Jun – Walaupun “garis merah” yang ditetapkan oleh Filipina kepada China, namun pengawal pantai China masih mengganggu nelayan Filipina di Panatag atau Scarborough Shoal, dengan meminta ikan dari nelayan Filipina.
Dalam laporan itu, bot laju pengawal pantai China dilihat menuju ke arah bot nelayan Filipina di mana pihak media turut berada di dalam bot tersebut.
Berita GMA juga memperoleh rakaman telefon pada 20 Mei lalu di mana dua kakitangan pengawal pantai China dilihat berada di atas kapal Filipina dan kemudian membuka sebuah bekas yang menyimpan hasil tangkapan nelayan.
Jurucakap Presiden, Harry Roque memberitahu GMA News bahawa kerajaan Filipina sama sekali membantah insiden ini.
“Kita akan membantah dan memaklumkan ini kepada China kerana pemahaman kita, Filipina dan China adalah sahabat, mereka sepatutnya membenarkan nelayan kita menangkap ikan di sana, “kata Roque.
Insiden ini membuktikan bahawa nelayan Filipina masih lagi diganggu oleh pengawal pantai China.
Kerajaan Filipina secara senyap telah memfailkan bantahan terhadap kejadian itu tetapi Duterte seperti tidak menyedari perkara ini.
“Ini kali pertama saya dengar,” kata Duterte.
Satu lagi “garis merah” adalah bahawa pengawal pantai China tidak sepatutnya mengganggu askar-askar Filipina yang menjalankan misi pembekalan di Laut Filipina Barat, namun arahan itu tetap dilanggar Beijing.