Home SemasaGlobal Perintah darurat ditarik selepas pilihanraya

Perintah darurat ditarik selepas pilihanraya

by Noor Sheila Amin

ANKARA – TURKI, 8 Jun – Perintah darurat di Turki yang dilaksanakan sejak kegagalan rampasan kuasa dua tahun lalu, akan ditarik balik selepas pilihan raya bulan ini, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam.

Terdahulu, Erdogan yang berhadapan saingan sengit pembangkang pada pilihan raya presiden dan perundangan 24 Jun ini, menegaskan darurat tidak akan ditarik balik sehingga ancaman pengganas dihapuskan sepenuhnya dari negara itu.

“Selepas pilihan raya, kami akan berbincang mengenai darurat secara terperinci dan ada persoalan untuk menarik balik darurat,” kata Erdogan dalam temubual yang disiarkan televisyen lewat semalam.

Mahkamah Turki, setakat ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas lebih 2,000 suspek berhubung rampasan kuasa 2016 yang bertujuan menumbangkan Erdogan.

Ribuan orang termasuk tentera, pegawai polis dan hakim ditahan sejak cubaan itu digagalkan.

Puluhan ribu yang lain juga digantung atau dipecat daripada sektor awam termasuk guru, pegawai polis dan hakim.

Erdogan, yang menguasai politik Turki sejak 2003 sebagai Perdana Menteri dan kini presiden, dijangka menang mandat kedua presiden bulan ini dengan kuasa lebih meluas. – AFP

Related Articles

Leave a Reply