Home SemasaGlobal Israel serang Hamas

Israel serang Hamas

by Noor Sheila Amin

BAITULMAQDIS, 23 Mei – Jet pejuang Israel menyerang sasaran Hamas di Semenanjung Gaza awal hari ini dalam pusingan terbaharu tentangan selepas serbuan merentasi sempadan oleh Palestin sehari sebelumnya, kata tentera.

Satu kenyataan tentera Zionis dalam bahasa Inggeris berkata, pesawat Tentera Udara Israel menyerang infrastruktur bawah tanah milik Hamas di utara Semenanjung Gaza dan dua sasaran tambahan milik tentera laut.

“Serangan dijalankan sebagai tindak balas insiden pagi semalam, apabila sejumlah penyerang menyusup ke dalam Israel dan membakar sebuah pos keselamatan,” katanya.

Kereta kebal Israel menyerang kedudukan Hamas semalam selepas penduduk Gaza menyusup pagar sempadan dan membakar pos tentera kosong.

Tiada laporan kematian akibat serangan hari ini, turut membakar sebuah bot di pelabuhan Bandar Gaza. -AFP

Related Articles

Leave a Reply