Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pilihan raya Thailand berlangsung pada awal 2019 – Prayuth Chan-ocha – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Pilihan raya Thailand berlangsung pada awal 2019 – Prayuth Chan-ocha

Pilihan raya Thailand berlangsung pada awal 2019 – Prayuth Chan-ocha

by Noor Sheila Amin

BANGKOK, 23 Mei – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengulangi semalam, pilihan raya negara itu akan berlangsung pada ‘awal 2019 dan bukan lebih awal’ ketika ratusan penunjuk perasaan berarak di ibu kota ini menuntut undian diadakan November ini.

Penunjuk perasaan, sesetengah mengibarkan bendera Thailand dan lain memegang sepanduk bersama kartun Prayuth sebagai Pinocchio berarak dari Universiti Thammasat ke pejabat Perdana Menteri di Rumah Kerajaan namun dihalang barisan polis berseragam hitam.

Sejumlah penunjuk perasaan menolak polis cuba memecahkan penghadang sementara kumpulan berasingan sekitar 80 orang berjalan ke arah ibu pejabat serantau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk ke pejabat Prayuth.

Rumah Kerajaan dan jalan sekitar diisytihar zon tidak boleh dilalui oleh polis untuk perarakan sempena empat tahun rampasan 22 Mei 2014 dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya tidak melanggar arahan junta membuat perhimpunan awam.

Prayuth, ketua tentera yang mengetuai rampasan 2014 menamatkan bantahan jalanan dan kebuntuan politik mengulangi semalam, tiada pilihan raya sehingga 2019.

Tentera berjanji mengembalikan pemerintahan demokratik namun berulang kali menangguhkan pilihan raya. – Reuters

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?