Home SemasaGlobal Pulau berlumpur untuk Rohingya

Pulau berlumpur untuk Rohingya

by Noor Sheila Amin

Dhaka, 6 April – Setiausaha Pengurusan Bencana Bangladesh, Shah Kamal, memaklumkan kerajaan Bangladesh akan mula menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya di pulau Bhashan Char di Teluk Benggala yang dikatakan berlumpur mulai Jun depan.

Beliau ditemui ketika memberi taklimat kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin, beliau berkata, baki tempat perlindungan akan siap dalam tempoh dua bulan.

“Penempatan itu akan bermula minggu pertama Jun. Kami membina kemudahan untuk 100,000 orang,” katanya.

Projek penempatan pelarian berkenaan mencetuskan kritikan hebat sejak dicadangkan pada 2015 kerana pulau itu didakwa tidak selamat didiami.

Menurut Shah, tentera laut membina 1,440 tempat perlindungan besar untuk menempatkan pelarian menjelang 31 Mei.

Tentera laut juga menambak kawasan rendah dan membina benteng sekitar kawasan itu bagi memastikan pulau berkenaan mampu menahan air pasang besar serta ribut monsun.

Hampir 700,000 pelarian Rohingya menyeberang sempadan dan berlindung di Bangladesh bagi melarikan diri daripada keganasan tentera Myanmar di negeri Rakhine pada tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply