Home SemasaGlobal Pos Tentera di Rakhine

Pos Tentera di Rakhine

by Noor Sheila Amin

Yangon, 14 Mac – Pengarah tindak balas krisis Amnesty International (Amnesty), Tirana Hassan memaklumkan beliau meragui keikhlasan kerajaan Myanmar untuk menerima kembali ratusan ribu pelarian selepas negara itu membina kemudahan seperti pos kawalan tentera di Rakhine yang telah dimusnahkan.

Walaupunbagaimanapun imej satelit menunjukkan Kg. Kan Kya di Rakhine yang dirakam pada 25 Okt 17 dan 27 Feb 18 itu tidak menggambarkan keseluruhan keadaan di Rakhine. Kumpulan hak asasi itu berkata, struktur bagi kegunaan pasukan keselamatan, landasan untuk helikopter dan jalan raya terbabit dibina di atas tanah serta bangunan milik penduduk Rohingya yang musnah dalam kebakaran.

Bagaimanapun, Myanmar menolak dakwaan itu dan mendakwa ia dilancarkan susulan serangan oleh Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA).

Dalam laporan terbaru Amnesty yang bertajuk ‘Pembinaan Semula Negeri Rakhine’, memaparkan imej satelit dan temuramah yang mendedahkan pembinaan pelbagai infrastruktur ketenteraan sejak awal tahun ini, yang didakwa pengkaji sebagai satu tindakan ‘merampas tanah’.

Selain itu juga terdapat bukti baru seperti yang dilaporkan oleh Amnesty dalam hasil kajian terbaru, menunjukkan pihak berkuasa Myanmar membinahttp://www.airtimes.my/wp-admin/post.php?post=3567&action=edit kemudahan baharu di atas setiap tapak milik penduduk Rohingya.

Related Articles

Leave a Reply