Home Pertahanan dan Keselamatan ATM, PDRM aset penting keamanan negara – Najib

ATM, PDRM aset penting keamanan negara – Najib

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 2 Okt – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah aset penting keamanan negara yang perlu dikenang, dirai dan diiktiraf, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa keamanan hasil perjuangan pasukan keselamatan itu, negara serta rakyat tidak akan berada di tahap sepertimana yang dikecapi ketika ini, katanya.

Beliau berkata, keamanan yang dikecapi menyaksikan Malaysia mencatat pertumbuhan 5.8 peratus dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua tahun ini, iaitu antara pertumbuhan yang tertinggi di dunia.

“Kita juga berada di tangga ke-29 daripada 193 negara paling aman di dunia dalam Indeks Keselamatan Global, malah Malaysia juga berada di kedudukan ke-23 negara yang mempunyai ekonomi paling berdaya saing.

“Ini semua tidak mungkin terjadi tanpa keamanan dan keselamatan dan atas sebab itulah pada saya, wajib bagi kita untuk sentiasa mengiktiraf, mengenang jasa serta pengorbanan para pahlawan negara,” katanya ketika berucap pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran Pahlawan Negara di sini, hari ini. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply