Home Pertahanan dan Keselamatan Bot nelayan Vietnam, 23 kru ditahan tangkap ikan dalam perairan Malaysia

Bot nelayan Vietnam, 23 kru ditahan tangkap ikan dalam perairan Malaysia

by Air Times News Network

BINTULU, 17 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu berjaya menahan 2 bot nelayan bersama 23 kru Vietnam kerana melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak lebih kurang 110 batu nautika dari Utara Tanjung Sirik, pada Ahad lepas.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kedua-dua bot nelayan asing itu telah dikesan sekitar jam 2.50 petang dalam keadaan mencurigakan ketika dihampiri penguatkuasa APMM.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati kesemua kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,

“Kesemua kru yang ditahan termasuk tekong, berumur dalam lingkungan 16 hingga 52 tahun dan merupakan warga Vietnam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Khairol, hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM1.5 juta merangkumi 2 bot, peralatan menangkap ikan 700 kilogram (kg) ikan campur serta 20,000 liter bekalan diesel.

“Kedua-dua bot nelayan asing tersebut ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply