Home Pertahanan dan Keselamatan APMM rampas 23 set bubu naga di Bagan Tiang

APMM rampas 23 set bubu naga di Bagan Tiang

by Air Times News Network

KUALA KURAU, 28 Jan – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau berjaya merampas 23 set bubu naga di kedudukan 0.6 batu nautika timur laut Bagan Tiang pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan itu dirampas hasil dari aduan nelayan setempat mengenai aktiviti dilarang ini berleluasa di kawasan terbabit.

“Rampasan dibuat kira-kira jam 3.05 petang, melibatkan bubu naga yang melebihi dua injap ini tidak dilesenkan penggunaannya berdasarkan pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia,

“Kesemua bubu naga yang disita dibawa ke Zon Maritim Kuala Kurau untuk melalui proses undang-undang bagi mendapat perintah lucut hak dari mahkamah,” katanya dalam kenyataan di media sosial APMM.

Menurut Mohd Sharenliza, orang awan diharap dapat bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919.

Pada tahun lepas sahaja, APMM telah merampas sebanyak 1,415 set bubu naga dan telah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply