KOTA KINABALU, 5 Feb – Panglima Medan Timur Tentera Darat Mej Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain memaklumkan peranan setiap agensi dalam pelaksanaan operasi pertahanan dan keselamatan di negeri ini perlu diselaraskan bagi mengelakkan salah faham aspek penugasan
Memetik laporan Bernama, beliau berkata terdapat operasi utama untuk pertahanan dan keselamatan di negeri ini membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
Katanya bagi ATM, operasi di bawah Tentera Darat dilaksanakan adalah Op Belasah membabitkan kawalan pertahanan di sempadan antara Sabah dengan Kalimantan Indonesia dan Op Pasir di utara dan selatan Sabah di bawah tanggungjawab Markas Angkatan Bersama.