SEKINCHAN, 21 Jun – Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih telah menahan 13 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menyelinap masuk ke Malaysia melalui Operasi Benteng (Op Benteng) di Jalan Baru Kampung Mandur Wahit Tali Air 4, Sekinchan, semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua PATI berkenaan ditahan terdiri daripada 9 lelaki dan 4 orang wanita berumur di antara 18 hingga 55 tahun.
Menurutnya, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Sekichan, Selangor.
“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sekichan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,
“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID 19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada masa yang sama, Rizal turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. -airtimes.my