๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก๐, 28 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan Op Pagar Laut tahun 2023 dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM13 juta.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data berkenaan adalah kejayaan adalah hasil pelaksanaan operasi berkenaan yang dijalankan di seluruh kawasan perairan negara iaitu bermula 9 April sehingga 25 April yang lalu.
Menurutnya, 12 tangkapan berprofil tinggi berkenaan adalah 3 kes tangkapan melibatkan cubaan menyeludup masuk rokok, 2 kes cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), 1 kes cubaan mencuri, 1 kes cubaan rompakan berkumpulan, 3 kes pencerobohan bot nelayan asing (BNA) dan 2 kes kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol serta minyak masak.
โDaripada 12 kes berprofil tinggi tersebut, pihak APMM Johor telah berjaya menumpaskan kes rompakan bersenjata melibatkan 4 orang warganegara tempatan di Pelantar Aurora Producer 1 di Tanjung Langsat, Johor pada 24 April lalu,
โKesemua Orang Kena Tuduh (OKT) disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana Merompak Secara Berkumpulan,โ katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota APMM yang bertugas sempena Op Pagar Laut di Kapal Maritim (KM) Burau, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), memangku tugas Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin.
Dalam masa yang sama, Saifuddin turut berkata, kejayaan Op Pagar Laut ini adalah usaha berterusan APMM memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia dan Thailand serta Indonesia.
Melalui tindakan berterusan seperti ini beliau berharap APMM akan dapat mengurangkan sekaligus menghentikan aktiviti jenayah seperti penyeludupan PATI serta penyeludupan barangan kontraband, pencerobohan bot nelayan asing (BNA) dan banyak lagi.
โSungguhpun Op Pagar Laut akan berakhir pada 30 April nanti, APMM akan meneruskan kawalan dan rondaan di perairan negara dengan beberapa operasi lain di seluruh negara,โ ujarnya lagi. -airtimes.my