MARAKAH, 5 Apr – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 meneruskan kesinambungan tanggungjawab sosial dengan mengadakan program pemberian sumbangan di Sekolah Awam Marakah, Marakah Takafol serta Klinik Marakah, semalam.
Pihak MALBATT 850-10 menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, program ini telah disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli.
Jelasnya, antara barangan yang disumbangkan adalah peralatan sukan dan mainan bagi kegunaan pelajar di sekolah Sekolah Awam Marakah.
Kemudian, anggota MALBATT turut menyerahkan pakaian terpakai kepada Marakah Takafol, iaitu sebuah agensi NGO yang terlibat membantu penduduk tempatan yang kurang bernasib baik.
Acara diakhiri dengan program sumbangan di Klinik Marakah bertempat di Marakah Municipality.
Komander telah menyampaikan sumbangan kepada pengurus klinik tersebut berupa lampin kanak-kanak dan dewasa serta tuala wanita.
“Diharapkan semua sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban penduduk setempat yang memerlukan,
“Program seperti ini amat penting bagi mendukung mandat UNIFIL telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana perlu menyalurkan sokongan yang terbaik kepada penduduk setempat khususnya di Selatan Lubnan,
“Ia juga sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Komander MALBATT 850-10 iaitu Pengukuhan Hubungan Bersama Awam yang memfokuskan kepada pengukuhan bersama Civilian Engagement,” jelas hantaran itu lagi. -airtimes.my