BEIJING, 29 Sept – Syarikat Aviation Industry Corporation of China (AVIC) akan mempertingkatkan pembangunan keupayaan pesawat pengebom H-6 sebagai aset strategik.
Pembangunan ini akan memperkukuhkan keupayaan serangan strategik Tentera Udara Republik Rakyat China di masa hadapan (People’s Liberation Army-Air Force, PLA-AF)
Menurut Timbalan Presiden Eksekutif AVIC, Yang Wei, program tersebut merupakan salah satu daripada komponen rancangan lima tahun China untuk tahun 2021-2025.
“Bilangan jet pejuang J-20 akan bertambah banyak dalam masa terdekat,” kata Yang dipetik oleh Global Times.
Menurut beliau, AVIC telah berjaya menghasilkan J-20 dan meningkatkan keupayaan H-6 untuk tempoh 2016-2020.
Tambahnya, AVIC akan terus memainkan peranan yang penting sebagai pembekal pesawat tanpa pemandu tentera di China.
Jelas Yang, AVIC turut mengubahsuai produk ketenteraan yang dihasilkan oleh mereka untuk kegunaan pihak penguatkuasaan negara itu. – airtimes.my