Home SemasaKDN laksana pelan integrasi untuk 2 bekas tahanan Guantanamo

KDN laksana pelan integrasi untuk 2 bekas tahanan Guantanamo

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pelan integrasi komprehensif bagi memastikan kebajikan 2 rakyat Malaysia yang dihantar pulang oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) selepas 18 tahun ditahan di kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan, pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

“Program ini disusun secara terperinci melalui 3 fasa utama yang setiap satunya menitikberatkan keseimbangan antara pemulihan individu dan keharmonian sosial,

“Sebagai pelengkap kepada pelan tersebut, mekanisme pemantauan rapi turut dirangka untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya,” ujarnya.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemantauan berterusan, termasuk lawatan berkala, untuk menilai kemajuan pemulihan dan memastikan kebajikan subjek terus terjaga.

Tegasnya, pendekatan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen teguh kerajaan terhadap kesejahteraan semua warganegara tetapi juga menonjolkan nilai-nilai Malaysia Madani yang mengutamakan peluang kedua dan keadilan sosial.

Pada Rabu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa Amerika Syarikat telah menyerahkan kembali Mohammed Farik atau Zaid (Zubair)dan Mohammed Nazir atau Bashir Lep (Lillie).

Kedua-dua mereka ditahan atas tuduhan terlibat dalam pengeboman Bali 2002 yang mengorbankan 202 nyawa serta sokongan kepada kumpulan pengganas, Jemaah Islamiyah (JI).-airtimes.my

Menteri Dalam Negeri memaklumkan, pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

#semasa #airtimes #Malaysia #KDN #tahanan #Guantanamo

 

 

Related Articles

Leave a Reply