MANILA, 17 Jan – Pihak istana Malacañan, Filipina dalam satu kenyataannya pada Isnin lepas memaklumkan tiada masalah jika firma dari China untuk mengambil alih sebuah limbungan kormesil di Subic setelah firma Korea Selatan telah tamat kontrak pada tahun lepas.
Menurut laporan berita dari ABS-CBN mengatakan, jurucakap Presiden Salvador Panelo meredakan ketakutan yang mana kemungkinan China akan mengambil alih limbungan tersebut selepas ketua pasukan Tentera Laut Alexander Pama berkata pengambilalihan boleh menjejaskan keselamatan negara.
“Buat masa sekarang, semua ini adalah spekulasi, ada yang mengatakan mereka berminat … Jika ia adalah syarikat China yang kita gunakan, maka tidak ada masalah dengan itu, kata Panelo dalam satu taklimat kepada media di Istana.
Dua syarikat China telah bertanya tentang unit tempatan pembuat kapal South Korea, menurut Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI).
Pelabur dari Jepun, Singapura dan Indonesia juga berminat, kata tambah DTI.
Bekas ketua Angkatan Laut Filipina, Alexander Pama memberi amaran kepada kerajaan dan sektor perniagaan agar tidak membiarkan limbungan kapal itu jatuh ke tangan yang salah.
Menurut Pama lagi, langkah itu dilihat akan memberi akses tanpa had kepada salah satu aset angkatan laut dan maritim geografi yang paling strategik kami.
“Ini dilihat bahawa isu limbungan kapal Hanjin ini bukan hanya mengenai isu perniagaan, kewangan dan ekonomi yang lain. Ini adalah isu keselamatan negara yang sangat penting, “kata Pama dalam akaun Facebook miliknya pada Sabtu lepas.
Sebelum ini, Pama telah berkhidmat sebagai ketua Tentera Laut Filipina di bawah Presiden Benigno Aquino III dari tahun 2011 hingga 2012, ketika ketengan diantara Beijing dan Manila dalam isu di Scarborough Shoal yang hanya 124 batu nautika dari Zambales.
Teluk Subic yang terletak di Zambales, sebelum ini adalah kemudahan tentera laut luar negara terbesar tentera AS sehingga tahun 1992.
Pama menimbulkan kebimbangannya kerana pentadbiran telah berusaha untuk membina hubungan dengan China dalam mengetepikan pertikaian terhadap Laut China Selatan.