TAWAU, 25 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup benih pokok sawit ke negara jiran tanpa sebarang dokumen yang sah dari pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Sungai Tawau, semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintenden Ridzauddin Selamat berkata, pasukannya telah tahan sebuah bot yang dijuragani oleh seorang lelaki dewasa berumur 21 tahun.
“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan telah menjumpai beberapa benih pokok sawit disyaki cuba seludup ke Indonesia,
“Bot dan benih tersebut dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut,” jelas beliau.
Ridzauddin berkata, kesemua barang rampasan termasuk sampan dianggarkan berjumlah RM21,280.00 dan kes disiasat di bawah Akta 582 (Peraturan Pelesenan) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Beliau menegaskan, sebarang aktiviti mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau. -airtimes.my