KUALA LUMPUR, 1 Mac – Jawatakuasa Penaja Parti Pejuang hari ini telah memfailkan permohonan mahkamah terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung isu pendaftaran parti itu.
Setiausaha Agung Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan berkata, permohonan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Permohonan ini disokong oleh Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh saya selaku Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang,” katanya.
Dalam permohonan tersebut, Pejuang meminta KDN untuk memberikan keputusan rayuan penubuhan parti dalam tempoh 7 hari selepas penghakiman.
Selain itu, ia turut memohon KDN mengarahkan ROS untuk memuktamadkan pendaftaran Pejuang dalam tempoh yang sama. – airtimes.my