Home SemasaLa Nina: MET Malaysia siapsiaga, bangun aplikasi mobil myCuaca dan RakanMET

La Nina: MET Malaysia siapsiaga, bangun aplikasi mobil myCuaca dan RakanMET

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 7 NOV- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) membangunkan aplikasi mobil myCuaca yang dapat diakses oleh orang ramai dalam menerima maklumat cuaca dan gempa bumi pada bila-bila masa.

Di samping, turut membangunkan aplikasi mobil RakanMET iaitu medium perkongsian maklumat cuaca setempat di kalangan orang awam.

“MET Malsysia mengeluarkan tinjauan cuaca jangka panjang berdasarkan konsensus beberapa modul tinjauan iklim antarabangsa,” kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain itu, maklumat akan dikemaskini dan dipaparkkan di laman sesawang rasmi MET Malaysia pada setiap bulan dalam mengesan pembentukan La Nina.

Nik Nazmi turut menyatakan pencerapan dan pemantauan cuaca dilakukan secara berterusan.

Dengan itu, MET Malaysia melalui Pusat Operasi Cuaca & Geofizik Nasional (POCGN) bersama pejabat-pejabat ramalan negeri dan stesen-stesen pencerapan meteorologi di seluruh negara akan beroperasi 24 jam.

“MET Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang tahun sentiasa memantau situasi status La Niña ini,” ujar Nik Nazmi.

Berikutan, terdapat peningkatan jumlah hujan apabila La Nina berlaku serentak dengan Monsun Timur Laut dan mampu menyebabkan bencana banjir terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan Sabah.

“Ini adalah kerana negara kita mengalami cuaca yang lebih lembap dan berawan semasa Monsun Timur Laut,” katanya lagi.

Bagaimanapun, berdasarkan Rekod Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), fenomena La Niña lemah dijangka tidak akan memberikan kesan yang signifikan terhadap taburan hujan di negara kita berdasarkan

Hal ini, tiada corak peningkatan jumlah hujan yang konsisten semasa La Niña di Malaysia kerana setiap kejadian La Niña memberikan kesan yang unik dan berlainan.

Justeru, penambahbaikan berterusan bagi sistem ramalan cuaca negara sentiasa dilaksanakan oleh MET Malaysia dalam menghasilkan ramalan yang lebih tepat

Seterusnya, untuk membantu pihak agensi pengurusan bencana bertindak lebih awal dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.

“MET Malaysia sentiasa terus membekalkan maklumat-maklumat berkaitan kepada pihak pemegang taruh dalam usaha kesiapsiagaan menghadapi pelbagai kemungkinan bencana alam yang akan berlaku,”

Dalam pada itu, ramalan dan amaran cuaca juga disampaikan menerusi pelbagai medium seperti media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube), laman sesawang Jabatan dan media massa (televisyen dan radio).

Fenomena La Niña lemah dijangka bermula antara bulan Oktober hingga November 2024 dan akan berterusan sehingga Mac 2025 berdasarkan majoriti model iklim antarabangsa menunjukkan. airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply