Home Semasa COVID-19: 20,596 kes jangkitan, tertinggi hari ini

COVID-19: 20,596 kes jangkitan, tertinggi hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Malaysia pertama kali mencatatkan kes harian COVID-19 melebihi 20 ribu kes dengan mencatatkan sebanyak 20,596 jangkitan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penambahan itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes harian wabak berkenaan dalam negara meningkat kepada 1,203,706 kes.

Beliau berkata, Selangor masih kekal menjadi penyumbang utama pada hari ini dengan mencatatkan sebanyak 8,549 kes.

Diikuti Kuala Lumpur iaitu sebanyak 2,163 kes; Kedah (1,446); Johor (1,300); Sabah (1,062); Pulau Pinang (1,022) kes.

“Manakala, Negeri Sembilan catat sebanyak 989 kes; Perak (916); Kelantan (772); Sarawak (759); Melaka (622); Terengganu (501); Pahang (426); WP Putrajaya (50); Labuan (15) dan Perlis (4),” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 antara tertinggi iaitu 19,819 jangkitan dengan 257 kes kematian akibat wabak berkenaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply