Home Semasa COVID-19: 3,499 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam

COVID-19: 3,499 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan sebanyak 3,499 kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 3,498 kes melibatkan penularan tempatan dan 1 kes import.

Selangor masih negeri tertinggi mencatatkan kes jangkitan iaitu sebanyak 1,345 kes. Johor mencatatkan 802 kes sementara Kuala Lumpur 511 kes.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 261,805 kes.

Sementara itu, jumlah kes aktif adalah 51,558 kes. Seramai 263 pesakit masih dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 5 kematian direkodkan dan menjadikan jumlah korban nyawa akibat wabak itu meningkat kepada 958 orang.

Seramai 3,515 pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan pulang pada hari ini. Jumlah keseluruhan pesakit sembuh adalah 209,289 kes.

Related Articles

Leave a Reply