Home SemasaSingapura sahkan perolehan P-8A Poseidon sebagai pesawat MPA

Singapura sahkan perolehan P-8A Poseidon sebagai pesawat MPA

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

WASHINGTON, 11 SEPT – Singapura mengesahkan akan memperoleh empat pesawat P-8A Poseidon dari Amerika Syarikat (AS) sebagai pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) bagi menggantikan pesawat Fokker-50 yang telah digunakan sejak tahun 1993.

Kementerian Pertahanan Singapura memaklumkan, langkah ini adalah sebahagian daripada fasa pertama penyegaran keupayaan keselamatan maritim Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk mengukuhkan kesedaran situasi maritim dan kemampuan menentang ancaman bawah permukaan.

Selain itu, Menteri Pertahanan Singapura, Chan Chun Sing turut menyampaikan keputusan tersebut semasa pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth di Pentagon pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan bahawa pengeluaran 20 pesawat pejuang F-35 untuk Singapura telah bermula dan dijangka dihantar menjelang akhir tahun 2026.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut menekankan hubungan pertahanan dua hala yang kukuh serta membincangkan perkembangan keselamatan serantau.

Pesawat Boeing P-8A dibangunkan berdasarkan pesawat komersial Boeing 737-800 dan dilengkapi keupayaan peperangan anti-kapal selam, sensor serta sistem radar canggih.

Ia kini digunakan oleh sembilan negara termasuk AS, United Kingdom, Australia, Korea Selatan dan India.–airtimes.my

#AirTimes #Singapura #BoeingP8A #MPA #SAF #Fokker50 #PertahananMaritim

Related Articles

Leave a Reply