Home SemasaKecoh operasi pengosongan Kampung Baru, OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu

Kecoh operasi pengosongan Kampung Baru, OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman dilaporkan mengalami kecederaan ketika mengawal keadaan sewaktu operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pagi Khamis.

Beliau difahamkan, mengalami luka berdarah pada bahagian muka akibat terkana lontaran batu yang dibaling, sebelum segera dibawa keluar bagi menerima rawatan.

Kecederaan itu berlaku susulan kekecohan yang tercetus akibat rempuhan penduduk yang mendesak untuk masuk ke kawasan operasi.

Terdahulu, operasi pengosongan bangunan di kawasan tersebut kecoh seketika berikutan bantahan penduduk terhadap tindakan perobohan yang dijalankan.

Operasi itu dilaporkan diketuai oleh bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan. -airtimes.my
#Airtimes #OCPD #Polis #DangWangi #KampungBaru #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply