Upacara yang diadakan sempena Sambutan Hari Pahlawan tersebut adalah sebagai satu tanda memperingati anggota tentera yang telah terkorban suatu ketika dahulu semasa berjuang.

Ujar Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (MACVA), Tan Pau San, selain menunjukkan penghormatan, acara itu turut memberi ruang kepada para ahli bertemu dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

“Selain MACVA, Persatuan Veteran India ATM dan Persatuan Veteran Sikh ATM turut menyertai acara tersebut.

“Sambutan Hari Pahlawan berlangsung serentak hari ini di seluruh negara dan di sini, kami turut menyerahkan bantuan bernilai RM500 kepada 39 anggota veteran yang kurang upaya serta berusia 80 tahun ke atas,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden MACVA, Geodfrey Chang, Presiden Persatuan Veteran India ATM, Mejar A. Murugaiyah dan Presiden Persatuan Veteran Sikh ATM, Baldev Singh.