XICHANG, 5 Feb – China telah melancarkan satu lagi satelit eksperimental komunikasi di Xichang, barat China.
NASA dalam satu kenyataan, satelit yang diberi nama Tongxin Jishu Shiyan Weixing (TJSW) telah dilancarkan secara rahsia pada pukul 11:36 malam (Waktu Beijing).
Pelancaran itu menggunakan kenderaan pelancar Chang Zheng-3B/G2 yang juga dikenali sebagai Long March 3B di Pusat Pelancaran Satelit Xichang.
Menurut kenyataan itu, ianya dilaporkan membawa Radar Apature Sintetik atau antena SAR. Tetapi beberapa jam sebelum pelancaran, ia berubah kepada membawa sistem eksperimental komunikasi pada TJSW.
Sementara itu memetik daripada laporan Xinhuanet, satelit tersebut akan digunakan untuk komunikasi satelit, radio, televisyen, pengiriman data dan perkhidmatan teknikal yang lain.
Terdahulu, TJSW-1 telah dilancarkan pada 12 September 2015, pihak berkuasa China telah mengatakan, satelit baru itu adalah demonstrasi teknologi komunikasi bagi menguji penggunaan frekuensi untuk jalur lebar.
Sebelum pelancaran TJSW-1, Kyodo News Jepun telah melaporkan bahawa, China sedang membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu untuk mengesan serangan peluru berpandu balistik.
Laporan itu berdasarkan dokumen ketenteraan China yang merujuk kepada pengembangan program satelit amaran awal eksperimental yang serupa dengan satelit Sensor Infra-Red milik AS. – airtimes.my