MELAKA, 28 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan Eksesais MANTIS Siri 8/2022 bagi mempersiapkan pasukan dalam menghadapi ancaman keselamatan berkaitan kimia, biologi, radiasi, nuklear dan letupan (Chemical, Biological, Radiological and Nuclear: CBRNe).
Seramai 6 pegawai dan 48 anggota telah terlibat dalam eksesais kali ini yang diadakan pada 25 Januari hingga 1 April 2022.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Komander Jurutera Medan Barat (KJMB), Brigedier Jeneral Ir Abdul Hamid Mohd Isa selaku Pengarah Eksesais pada Selasa lalu di di Padang Kawad Skuadron Ke-12 Rejimen Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD) (CBRNe).
“Eksesais ini akan menguji tahap keupayaan pasukan-pasukan Tim Penggempur, Tim CBRN, Tim Improvised Explosive Device Disposal (IEDD) dan Tim Perubatan CBRN dengan penglibatan daripada Canadian Special Operation Forces Command (CANSOFCOM),” jelas Markas Divisyen Ketiga Infantri (3 Div).
Turut hadir, Canadian Defence Advisor, Lt Col Jason King dan Pegawai Staf 1 Latih MK TD-OPLAT, Leftenan Kolonel Adnan Hashim.-airtimes.my