LUBNAN, 12 Jul β Kementerian Pertahanan telah merasmikan projek ππ³π°π°π± ππ°π―π΅π³πͺπ£πΆπ΅πͺπ―π¨ ππ°πΆπ―π΅π³πͺπ¦π΄ (TCC) – Sistem Penapis Air bagi memberikan sumber air secara percuma kepada rakyat di daerah Marakah pada Ahad lalu.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Muez Abdul Aziz di bangunan Municipality Marakah.
Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, projek TCC yang ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan Malaysia ini adalah usaha kerjasama Sel CIMIC kontinjen Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT 850-9) yang kini terbabit dalam misi pengaman di negara itu.
βInisiatif ini adalah sebagai usaha Malaysia untuk menyatukan hubungan yang berterusan antara kedua-dua negara selain mengeratkan hubungan diplomasi Malaysia dan Lubnan,
βSesunguhnya komuniti dan penduduk setempat amat mensyukuri serta menghargai atas manfaat besar bagi mereka yang memerlukan sumber air yang bersih di daerah tersebut,β jelas hantaran itu.
Perasmian projek TCC ini disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad TUDM; Presiden PUSPAHANAS; Laksdya Datuk Pahlawan Syed Zahrul Petra Syed Abdullah; SUB Kewangan KEMENTAH, Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali. -airtimes.my