KUALA LUMPUR, 7 Julai – Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik) hari ini mengumumkan pelantikan dua pengarah bebas bukan eksekutif baharu.
Dalam pengumuman Serba Dinamik kepada Bursa, Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dan Siti Zaleha Sulaiman telah dilantik mengisi kekosongan pengarah bebas bukan eksekutif.
Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan merupakan bekas Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau berkhidmat dalam pasukan itu selama 42 tahun.
Siti Zaleha Sulaiman merupakan Pengarah bebas bukan eksekutif AIMFLEX Berhad. Selain daripada itu, beliau merupakan bekas Ketua Pengurusan Risiko Korporat di Bursa Malaysia. – airtimes.my