JERUSALEM, 8 Feb – Israel meluluskan pembelian pesawat perang dan peralatan tentera canggih dari Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$9 bilion.
KAN TV milik kerajaan melaporkan pembelian tersebut dibuat setelah tertangguh selama 3 tahun.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat kabinet yang berlangsung selama 7 jam, dihadiri Menteri Pertahanan, Benny Gantz.
Perjanjian pembelian ini meliputi helikopter Chinook, pesawat perang F-35 dan F-16, bom, senjata canggih serta kapal tangki pengisian bahan bakar udara, katanya yang dilaporkan Agensi Anadolu.
Namun, Kementerian Kewangan menentang perjanjian tersebut kerana Tel Aviv perlu membuat pinjaman dari bank AS untuk membiayai rancangan itu.
AS merupakan penyokong ketenteraan terbesar Israel, pada tahun 2018 mereka telah memberi bantuan ketenteraan sebanyak AS$38 bilion dalam tempoh 10 tahun kepada Tel Aviv. – airtimes.my