Beliau yang juga Ketua Informasi PPBM negeri berkata, ini kerana beliau telah melakukan semakan sebanyak dua kali berhubung perkara itu termasuk semalam.

“Saya bawa harapan orang Penaga. Itu yang saya kecewa (borang penamaan ditolak).

“Saya tak jangka perkara ini akan berlaku dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Penolakan pencalonan itu bermakna, kerusi Penaga menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zain Ahmad dengan calon Pas, Yusni Mat Piah.