JOHOR, 23 Jul – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan program Jiwa Murni (PJM) dengan menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk Kampung Pengkalan Batu, Mersing, semalam.
Markas 21 Gerup Gerak Khas (MK 21 GGK) berkata, program PJM ini bertujuan untuk mengurangkan beban penduduk kampung yang terkesan dengan kesempitan ekonomi ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).
“Bungkusan tersebut merupakan beberapa keperluan asas makanan seperti beras, gula, tepung dan sebagainya,
“Bantuan itu juga telah diedarkan kepada penduduk menerusi Penghulu Mukim Daerah Mersing, Mohamad Akmal A. Rahman serta Ahli Jawantankuasa Kerja Kampung (AJKK) setempat,” katanya.
Dalam pada itu, aktiviti ini merupakan serampang dua mata bagi meningkatkan imej TDM dalam kalangan masyarakat setempat. -airtimes.my