KUALA LUMPUR, 30 Okt – “Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu,” luahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menerusi ciapan ringkasnya malam tadi menjelaskan, kasut miliknya yang didakwa berharga lebih RM5,500 adalah pemberian Sultan Johor, 2 tahun lalu.
Beliau berkata demikian, bagi menjawab satu ciapan oleh pengguna akaun Twitter berkenaan kasut tersebut pada Selasa.
“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu,
“Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” katanya dalam laman Twitternya pada Selasa.
Sebelum itu dalam satu ciapan di Twitter, seorang netizen membuat kenyataan berbaur sindirian apabila mengatakan Anwar walaupun telah menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 untuk urusan rasmi, namun beliau dilihat mengenakan kasut jenama mewah yang berharga kira-kira RM5,500.
Anwar sebelum ini mendedahkan beliau menolak untuk menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabatnya.
Jelasnya, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat untuk dirinya.-airtimes.my