KUDAT, 23 Sept – Pasukan Polis Marin (PPM) mengagalkan cubaan seludup barang kawalan ke negara jiran di jeti Awam Esplanade Sidek, malam tadi.
Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Komisioner Polis (ASP) Cyril Douglas berkata, pemantauan dan risikan mendapati seorang lelaki membawa beberapa jenis barang kawalan yang ingin diseludup ke negara jiran dengan menggunakan kapal pancing miliknya.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai barang kawalan dan suspek gagal mengemukakan dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM80 ribu,” katanya.
Menurutnya, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya.
“Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.
Tambah Cyril Douglas, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. -airtimes.my