SERDANG, 13 Jan – Seorang pemandu van maut tersepit, manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia Kento Momoto cedera dalam kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi itu, van dipandu Bavan a/l Nageswarau dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan dalam kenyataannya berkata pemandu van, Bavan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk.
“Selain Momota, mangsa lain yang cedera adalah pemain badminton England, William Thomas; pemain badminton Jepun, Hirayama Yu dan Marimoto Akifumi,” katanya.
Ismail berkata kesemua mangsa tersebut dalam keadaan stabil dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.