LAHAD DATU, 1 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu gagalkan aktiviti mencuri kayu di kawasan Tanjung Paras, Lahad Datu, semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintenden Gan Ping Sin berkata, sebuah perahu mencurigakan dijumpai Polis Marin di kawasan tersebut.
Beliau berkata, ketika dihampiri bagi pemeriksaan ke atas perahu tersebut, pemiliknya bertindak terjun ke dalam laut dan lari ke arah kawasan bakau berhampiran.
“Pemeriksaan dijalankan ke atas perahu tersebut menjumpai beberapa batang kayu hutan dipercayai dipotong tanpa permit,
“Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu serta diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Lahad Datu dan kes disiasat di bawah Enakmen Perhutanan 1968,” ujarnya.
Jelas beliau, hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM1,450. -airtimes.my