BERLIN, 16 Mac – Agensi keselamatan siber Jerman (BSI) memberi amaran kepada pengguna perisian anti-virus yang dibangunkan oleh Kaspersky Lab berhubung risiko digodam serangan siber.
Memetik laporan Reuters, syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di Moscow itu boleh dipaksa oleh ejen kerajaan Rusia untuk menggodam sistem IT di luar negara menggunakan teknologi rahsia tanpa pengetahuan negara sasaran.
Namun, Kaspersky dalam satu kenyataan menegaskan bahawa ia adalah syarikat yang diuruskan secara persendirian tanpa kaitan dengan kerajaan Rusia.
“Amaran oleh BSI itu bermotifkan politik dan datang ketika serangan tentera Rusia ke atas ibu negara Ukraine,” tegasnya.
Namun BSI tetap berpendirian bahawa syarikat serta agensi kerajaan Jerman yang menguruskan infrastruktur kritikal berisiko untuk digodam. – airtimes.my