Kuala Lumpur, 18 OktĀ – Lawatan Jemaah Tertinggi BAKAT ATM ke Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan sempena sambutan Hari ATM ke-85. telah diadakan semalam.
Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Datin Seri Hajah Rusnah binti Hj A. Rahman diiringi Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Hj. Ya’acob bin Koming serta dihadiri oleh ahli-ahli BAKAT ATM.
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah menyampaikan sumbangan kepada para pesakit yang dilawati di wad.
Lawatan diakhiri dengan ceramah kesihatan yang bertajuk Cegah Kanser Sebelum Parah yang disampaikan oleh Kol. (Dr) Che Hasnurah binti Che Hassan, pakar sakit puan di 94 Hospital Angkatan Tentera, Terendak.