KUALA LUMPUR, 16 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan sentiasa memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbela dan disanjung atas khidmat bakti yang besar kepada negara.
Menurutnya, bukan sedikit yang dipertaruhkan demi negara, malah air mata, darah, keringat, harta dan nyawa mereka sendiri.
“Pengorbanan warga ATM selama ini amat besar dalam memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan tanah air terpelihara,
“Terima kasih kepada seluruh warga ATM atas pengorbanan yang tidak terhingga ini,” kata Ismail Sabri dalam hantaran media sosialnya bersempena hari ATM ke-88 hari ini.
Dalam pada itu, pelbagai eksesais dilaksanakan, bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, taktikal, penggunaan aset, tetapi juga kesediaan mental para perwira ATM. -airtimes.my